Islamic Widget

Wednesday, September 8, 2010

Pesanan Dari Ulama



Bersempena dengan peristiwa turunnya Al Quran di bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada seluruh ahli dan kepimpinan PAS disegenap lapisan peringkat untuk memanafaatkan baki Ramadhan yang tinggal ini agar ianya diisi dengan amal soleh dan mampu untuk menghampirkan diri kita kepada Allah SWT.

Selain dari itu, saya juga ingin memperingatkan kepada seluruh ahli, petugas dan para pimpinan yang berhadapan dengan masyarakat awam Islam dan bukan Islam agar sentiasa bertindak dengan cermat berdasarkan ilmu yang jelas dan penuh hikmah dalam segala bentuk pertuturan, perancangan, tindakan, pemantauan dan penguatkuasaan bagi menjalankan amanah kemenangan yang diberi oleh Allah SWT di segenap ceruk dalam negara kita ini.

Janganlah kita bertindak dengan cara yang disangkakan beroleh kebaikan, akan tetapi natijahnya menyebabkan kita sibuk diasak oleh musuh menerusi media yang tidak memihak kepada kita, dan terpaksa pula kita menghabiskan masa untuk menjawab dan mempertahankan sesuatu isu yang ditimbulkan itu. Sesuatu tindakan yang pada asalnya dibolehkan sekalipun, akan tetapi jika menyebabkan polemik dalam masyarakat, malah merugikan pula dari sudut pandangan siyasah umum, maka lebih baik ianya dielakkan. Apatah lagi dalam tindakan yang boleh mendatangkan fitnah kepada organisasi parti PAS itu sendiri. Semuanya perlu dipertimbangkan bagi menjaga maslahat umum seperti disebutkan di dalam kaedah fiqh :


Almaslahatul 'ammah muqaddamah 'ala maslahah khasah (Maslahat umum diutamakan dari maslahat khas) dan Dar'ul mafasid muqaddam 'ala jalbil masalih (menolak keburukan diutamakan daripada mengambil maslahah).

Selagi mana ia bukanlah satu perkara yang bersifat prinsip, atau sesuatu hukum yang qat'i, maka kaedah tersebut perlulah diguna pakai dalam tindakan-tindakan kita sebagai pejuang Islam, termasuklah dalam proses kita memperkasakan parti di peringkat Cawangan dan Kawasan. Semoga segala tindakan kita sentiasa dipimpin oleh syariat dan mendapat petunjuk dari Allah SWT.


Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Coretan Dari Teman

Dalam kerinduan..
Ku sampaikan salam lebaran
Buat insan yang bergelar teman..

Hari ini mungkin kita gembira..
Hari ini mungkin kita bergurau senda
Hari ini mungkin kita bertegur sapa..

Tapi ..mungkin kita lupa tentang semalam..
Semalam yang telah meninggalkan kita..
Semalam yang membawa seribu pengertian..

Mungkin semalam
Ada insan yang berduka kerana kita..
Ada insan yang meminta simpati dari kita.
Ada insan yang mengharap belas ihsan kita..
Kita selalu lupa kerana kita mengejar hari ini
Hari ini yang kita sendiri tidak pasti..
Apakah akan ada untuk kita lagi..

Jangan mudah lupa wahai teman..
Seribu kemaafan membawa kemesraan..
Sedikit sumbangan membawa keberkatan..
Sedikit belas ihsan memberi seribu pengertian..

Salam lebaran bersama seribu kemaafan
Ku pohon dari kalian
Moga Ramadhan dan Lebaran
Akan di pertemukan lagi
Anugerah dari yang Esa
Untuk kita insan…




Saturday, September 4, 2010

Salam Lebaran!!!

saLam LebaRan...!!
puasa tinggal beberapa hari sahaja lagi..
tak lama lagi kita semua akan menyambut hari raya aidilfitri..

Ulul Albab Generation mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..
semoga korang happy time balik kampung nanti..
berhati-hati ketika berziarah di mana-mana pon..
suruh bapak korang bawak kereta elok-elok...jangan laju-laju sangat..

dah lepas raya nanti, jangan nak cuti lebih-lebih pulak..
ble dok kat umah2 padai2 la buat homework..
jgn asyik men facebook jek...
study sikit...

kepada yg ada adik nak amik upsr n pmr tuh...
tolong2 la adik tu study..

lagi satu...jangan main mercun sgt..
kalau nak main pon berpada2 la jugak..
jangan nak memandai buat mercun sendiri la apela..

bulan ramadhan nih ader byk keberktan..
membzirla klau kte lpaskan pluang nk dpat kberktan..
tmbhan lgi blan ni ader mlm lailatul qadar...
so banyak2kan ibadah tuh...

sampai sini je ucapan dan pesanan untuk kali ni...
wassalam...