Islamic Widget

Wednesday, September 8, 2010

Coretan Dari Teman

Dalam kerinduan..
Ku sampaikan salam lebaran
Buat insan yang bergelar teman..

Hari ini mungkin kita gembira..
Hari ini mungkin kita bergurau senda
Hari ini mungkin kita bertegur sapa..

Tapi ..mungkin kita lupa tentang semalam..
Semalam yang telah meninggalkan kita..
Semalam yang membawa seribu pengertian..

Mungkin semalam
Ada insan yang berduka kerana kita..
Ada insan yang meminta simpati dari kita.
Ada insan yang mengharap belas ihsan kita..
Kita selalu lupa kerana kita mengejar hari ini
Hari ini yang kita sendiri tidak pasti..
Apakah akan ada untuk kita lagi..

Jangan mudah lupa wahai teman..
Seribu kemaafan membawa kemesraan..
Sedikit sumbangan membawa keberkatan..
Sedikit belas ihsan memberi seribu pengertian..

Salam lebaran bersama seribu kemaafan
Ku pohon dari kalian
Moga Ramadhan dan Lebaran
Akan di pertemukan lagi
Anugerah dari yang Esa
Untuk kita insan…




No comments: